Kapal layar menjadi lokasi unik gambar pengantin
Gambar lukiskan bukan beribu, tapi berjuta perkataan indah
TIADA yang lebih indah daripada berpeluang bergambar di atas kapal layar mewah dan di pulau yang pernah menjadi saksi lamaran yang dibuat si teruna kepada si dara.
Bagi Muhammad Nadiran Mohd Nasir dan isterinya, Siti Muliani Mohd, peluang bergambar di kapal layar itu ibarat bulan jatuh ke riba. Tanpa berfikir panjang, mereka berdua menjadikannya sebagai lokasi unik bagi merakamkan gambar-gambar perkahwinan mereka.
“Kami sebenarnya tidak mempunyai sebarang sebab. Peluangnya timbul apabila seorang rakan Siti Muliani yang memiliki beberapa buah kapal layar, membenarkan kami menggunakan salah satu kapal layarnya sebagai ‘hadiah perkahwinan’ beliau kepada kami. Jadi kami pun fikir mengapa tidak!,” kata Muhammad Nadiran, seorang pegawai polis berusia 28 tahun.
“Kami pilih lokasi Sentosa pula kerana di sanalah Nadiran melamar saya untuk menjadi isterinya,” kata Siti Muliani, seorang jururawat kanan berusia 27 tahun.
Ternyata langkah mereka itu amat memuaskan. Segala gambar yang dipetik Yunos Salajudin daripada Theme Photography bagi merakamkan detik-detik manis mereka memulakan kehidupan baru sebagai suami isteri, menurut mereka, amat menakjubkan.
Setiap gambar yang dipetik, baik di kapal layar mahupun di beberapa lokasi di Sentosa terlalu istimewa dan cantik sehingga susah untuk mereka memilih gambar-gambar yang paling mereka gemari.
“Terdapat ratusan gambar yang kami suka dari album-album kami. Adalah mustahil untuk memilih tiga gambar yang paling kami gemari. Ia juga merupakan bukti betapa setiap gambar yang dipetik dihasilkan dengan begitu baik sekali.
“Kreativiti mereka dalam setiap gambar yang dipetik membuat kami rasa menarik. Bagi kami gambar yang dihasilkan Theme Photography bukan sahaja melukiskan seribu, tetapi berjuta perkataan!” kata Muhammad Nadiran.
Di Sentosa, selain kembali ke tempat di mana Muhammad Nadiran melamar kepada bakal isterinya ketika itu, mereka berdua juga perlu ‘memanjat’ sebatang pohon untuk bergambar, meskipun pakaian yang dipakai Siti Muliani iaitu gaun dan kasut tumit tinggi, dan Muhammad Nadiran pula yang mengenakan sut dan kasut kulit, melecehkan pergerakan mereka.
“Ia bukan sesuatu yang mudah bagi kami berdua, namun kami mampu melakukannya tanpa sebarang tali atau alat bantuan memanjat! Semuanya kerana Abang Yunos meyakinkan kami bahawa gambar dari sudut tersebut akan menghasilkan gambar yang amat cantik.
“Dan ternyata, apabila kami melihat gambarnya, ia cukup mengkagumkan!” kata Muhammad Nadiran.
Mereka berdua mula berkenalan lebih dua tahun lalu daripada seorang teman.
Menurut kededua bekas mempelai yang mengadakan majlis perkahwinan mereka pada 3 dan 4 Julai 2010, mereka sebenarnya tidak membuat sebarang temu janji untuk menemui kru Theme Photography sebelum mendapatkan khidmat mereka.
“Kami sebenarnya ‘serang hendap’ mereka. Datang tanpa temu janji. Sekadar untuk melihat-lihat sahaja. Namun kami amat tersentuh dengan keikhlasan Abang Yunos dan Abang Nizam yang sanggup menyelitkan masa untuk melayan kami berdua dan setelah melihat portfolio mereka, kami tahu kami telah menemui jurugambar hari bahagia kami,” jelas Muhammad Nadiran.
Selain khidmat jujur, kepakaran artistik dan keupayaan kru Theme Photography untuk berlaku fleksibel juga merupakan antara faktor penting yang menjadikan pengalaman Muhammad Nadiran dan Siti Muliani bergambar bersama mereka antara pengalaman yang paling manis.
Memberikan contoh bagaimana seorang kru Theme Photography berjaya memenuhi permintaan mereka, meskipun hanya memberikan keterangan melalui telefon, Muhammad Nadiran tidak mempunyai kata-kata lain kecuali amat berpuas hati dengan apa yang diminta.
“Kami inginkan susunan yang tertentu bagi gambar-gambar kami dalam album dan kami beritahu Abang Nizam. Tapi kami tidak punyai contoh dan setakat beritahunya melalui telefon.
“Hari kami menerima album kami, alangkah gembiranya apabila susunan yang diminta dibuat dengan begitu cantik seperti yang kami inginkan. Kami tidak dapat berhenti tersenyum!” kata Muhammad Nadiran.
Pengalaman istimewa dapatkan gambar idaman di Bintan
More photos of Reduan & Jariza
Keindahan di pulau peranginan jadikan photoshoot lebih menarik
“Splendid, satisfactory and super fun!”
Bagi pasangan pengantin baru, Mohd Reduan Abu Bakar dan Jariza Muhhammad, tiada kekata lain yang dapat merumuskan pengalaman manis mereka bergambar bersama Theme Photography di pulau peranginan, Bintan, Indonesia selain tiga kekata ‘S’ itu.
“Khidmat yang diberikan oleh Abang Yunos dari Theme Photography yang paling best! Kami amat berpuas hati dengan semua gambar-gambar pengantin kami yang diambilnya.
“Pengalaman di Bintan memang amat menarik kerana Abang Yunos mampu membuat kami berdua rasa selesa bila bergambar dan bagi saya apabila kita selesa dan tidak kekok, gambar-gambar yang dirakamkan akan menonjol cantik.
“Semua gambar yang dipetik begitu cantik, kami mempunyai masa yang sukar untuk membuat pilihan,” kata Jariza, seorang penasihat kecantikan berusia 27 tahun.
Mohd Reduan, 29 tahun, seorang teknisyen lif.
Bahkan bukan sahaja Jariza yang mendirikan mahligai impiannya pada 20 November 2010 berasa teruja dan gembira dengan hasil rakaman gambar yang dipetik jurugambar Yunos Salajudin, bahkan beliau dan suaminya, Mohd Reduan begitu mesra dengan Yunos hinggakan sepanjang penggambaran, mereka bertiga tidak kering gusi.
“Saya, suami saya dan Abang Yunos mempunyai chemistry yang amat baik, kami asyik ketawa dan bergembira sepanjang penggambaran,” kata Jariza.
Antara gambar yang amat beliau minati di antara ratusan potret-potret yang merakamkan percintaan mereka berdua, ialah gambar di mana beliau memakai gaun pengantin ketika berdiri di batu-batu, gambar di mana mereka berdua di tengah-tengah jalan raya semasa dalam perjalanan ke destinasi dan gambar di mana mereka berdua mengenakan pakaian tradisional Melayu di pantai.
Bagi Mohd Reduan dan Jariza, peluang mengenali Theme Photography merupakan sesuatu yang tidak dijangkakan.
Disebabkan khidmat layanan yang kurang memuaskan oleh sebuah pembekal khidmat andaman pengantin, Jariza ditemukan dengan Chinta Weddings oleh seorang teman rapatnya. Menurutnya, sepupu temannya itu pernah melanggani Chinta Weddings and berpuas hati dengan khidmat yang disediakan.
“Kemudian semasa kami di Chinta Weddings, Abang Yunos muncul dan beliau menunjukkan kami pakej luar negara yang Theme Photography ada. Saya amat berkenan dengan pakej Bintan itu kerana saya fikir tentunya menarik untuk ambil gambar pengantin kami di luar negara!” kata Jariza.
Apatah lagi harga bagi pakej tersebut sekitar beberapa ribu dolar sahaja dan ia memenuhi bajet Mohd Reduan dan Jariza.
Bahkan bukan itu sahaja, Jariza juga amat berpuas hati dengan dandanan yang diberikan oleh juru solek, Roswan, yang berjaya memberikan solekan yang kelihatan asli dan bersinar bukan sahaja bila dipandang, tetapi juga dalam setiap gambar yang dipetik Yunos.
Sepanjang penggambaran mereka selama sehari itu, Mohd Reduan dan Jariza, juga amat tertarik dengan pemandangan indah di sekitar Pulau Bintan. Selain berposing untuk bergambar, mereka berdua juga dibawa Yunos untuk merasa sup ayam yang menurut mereka ‘amat lazat dan memuaskan.’
Oleh kerana tidak mahu melepaskan peluang berada di Bintan, Mohd Reduan dan Jariza, telah melanjutkan tempoh penginapan mereka di situ selama dua malam lagi, meskipun pakej yang disediakan Theme Photography hanya sehari sahaja.
Bagi pasangan yang jatuh cinta pandang pertama tiga tahun lalu itu, pengalaman mengambil gambar-gambar perkahwinan mereka di luar negara tentunya merupakan memori paling manis yang akan dikenang sampai bila-bila.
“Sememangnya, gambar-gambar yang dipetik merupakan gambar perkahwinan yang saya impi-impikan,” kata Jariza.
Abadikan detik bahagia bersama warisan Singapura
- More Photos of Prindana & Afiza
Pasangan mempelai inginkan kelainan dan mahu jadikan gambar lebih berharga untuk dikongsi bersama anak cucu
SATU hari nanti, Prindana Sunjaya dan Nor Afiza ingin berkongsi tentang bangunan dan sekitaran di Singapura yang mungkin tidak lagi kelihatan di masa hadapan dengan anak, cucu dan mungkin cicit mereka satu hari nanti.
Disebabkan nilai-nilai yang amat berharga dari segi warisan bangunan dan lanskap unik Singapura, kededua mempelai yang baru mendirikan rumahtangga pada 20 November tahun lalu, memilih menjadikan lokasi dan bangunan di serata Singapura itu sebagai latar belakang gambar perkahwinan mereka yang dipetik oleh Theme Photography.
Tujuan utama pasangan pengantin baru itu - untuk mengabadikan detik mereka disatukan sebagai suami isteri dengan warisan kota Singa.
“Kami memilih tempat-tempat menarik di serata Singapura kerana kami rasakan bahawa dengan kami merakamkan memori istimewa kami di situ, ia akan menjadikan gambar-gambar itu lebih berharga, mentelah lagi lanskap Singapura sering berubah-ubah.
“Justeru gambar-gambar itu akan mempunyai nilai yang amat tinggi bagi anak dan cucu kami kelak,” kata Prindana, seorang pegawai Agensi Sekitaran Nasional (NEA) berusia 25 tahun.
Isterinya, Nor Afiza, seorang guru berusia 29 tahun, ditemuinya beberapa tahun lalu semasa mereka berdua bertugas di tempat yang sama.
Antara lokasi yang menjadi pilihan dan merupakan antara gambar-gambar yang paling Prindana dan Nor Afiza gemari dan dipetik Yunos Salajudin ialah gambar di Jambatan Anderson dekat Boat Quay yang merentasi Sungai Singapura dan di Kebun Bunga.
“Jambatan Anderson ini mungkin tidak lagi ada di masa hadapan dan gambar yang diambil juga merupakan sesuatu yang tidak disengajakan tetapi hasilnya, MasyaAllah, sungguh cantik!
“Di Kebun Bunga pula, meskipun kita tidak berjalan dan berpusing-pusing di situ tetapi bunga-bunga yang mekar di taman itu mampu memberikan Encik Yunos semangat untuk menghasilkan gambar-gambar yang begitu cantik,” kata Prindana.
Selain mengajak kru Theme Photography untuk bergambar di lokasi-lokasi tersebut, Prindana dan Nor Afiza juga telah membuat keputusan untuk bergambar di malam hari.
Meskipun ia merupakan keputusan yang tidak dirancang, disebabkan cuaca hujan pada tengah harinya, Prindana amat berpuas hati dengan hasil gambar perkahwinannya.
“Hasil gambar yang dipetik amat puas hati dan menakjubkan,” kata Prindana, yang menyifatkan gambar-gambar yang diambil di waktu malam di serata Singapura itu sebagai antara gambar yang beliau dan isterinya minati.
Walaupun cuaca masih lembab ketika mereka berdua membuat sesi fotografi mereka di luar, ia merupakan pengalaman yang paling manis bagi Prindana dan isterinya, Nor Afiza, kerana dengan bantuan kru Theme Photography, mereka berjaya mendapatkan lokasi yang amat mereka idam-idamkan.
“Hubungan yang dijalinkan antara kami dengan Encik Yunos dan krunya amat baik. Mereka juga mudah diajak berbual, pantas melakukan tugas dan profesional,” kata Prindana.
Menurut Prindana, beliau tertarik dengan hasil fotografi Theme Photography setelah melihat iklan yang disiarkan di beberapa majalah perkahwinan dan kemudian mendapatkan maklumat lanjut dengan melungsuri laman web syarikat itu.
“Hasil fotografi mereka kelihatan natural tetapi menawan!” kata Prindana
Q:WHAT IS YOUR FAVORITE INANIMATE OBJECT?
I dont have one :)
Articles on Theme Photography’s Customers
Articles on our customers will be featured in Theme’s Tumblr page.


